Sep 26, 2005

AMAR & kembara diri..

Pertama, terima kasih kepada Amar sebab beri VCD free kat aku dan si genius. Tolong promote ya Mira :) Thanks also for inspiring this topic for me.

Amar dan Magik. Tersenyum aku. Pandai ya orang silap mata ni 'kelentong' kita. Aku kata 'kelentong' sebab aku tak maksudkan mereka guna sihir, dan tak ekstreme. Yang guna sihir tak masuk kat sini. Aku fokus pada silap mata yang sebenarnya boleh dipelajari. Dan, aku tak rasa ianya satu penipuan :) Cuma, silap si mata..

Teknikalnya, apa yang aku faham, magik atau silap mata yang Amar buat tu lebih kepada teknik dan skil. Ya, mungkin latihannya banyak dan lagi satu bagaimana dia berjaya men'juling'kan mata kita semua..sampaikan setiap audiens 'tertipu'...hehe.

Amar highlightkan bahawa dia tak guna sihir, itu satu. Dan..dia tak guna sebarang ilmu silap mata yang bercanggah dengan agama. Hemm..adalah tu. Rahsia sang pembuat silap mata (",)

Sebenarnya, apa yang nak aku bawakan adalah bab skill seseorang. Skill? Ya, kebolehan kita dalam sesuatu bidang macam memasak, berenang, memanah (cewah, bulat-bulat aku ambil dari course CCAC..hehe) Adakah ianya gifted from God?? Ataupun ia berbentuk dapatan? Maksud dapatan tu macam perlukan latihanlah. Ermm..ada ke orang yang lahir je pandai buat silap mata, pandai menari, pandai bercakap, berdebat, pandai berkayak?? hehe..

Jika akal tu dipanjangkan, kita semua pun boleh berjaya mengeluarkan potensi yang sebenarnya semua orang ada. Macam Amar dan aksi silap mata. Lainlah kalau ianya tu satu kurnia yang hanya diberi pada sesetengah orang. Pokoknya ialah, bagaimana kita nak cuba kupas diri sendiri dan selusur apa kelebihan kita untuk diguna pakai. Hah, itulah yang akan melainkan kita dari orang lain, dan kita akan ada trademark sendiri.

Trademark:)

Bila kita ada sesuatu yang lain dari orang, aku tafsirkan yang ia boleh membina self concept seseorang. Self concept? Ya, tentang apa yang kita faham tentang diri sendiri dan bagaimana kita melihat diri kita. Self concept yang jelas boleh membantu untuk kita:

-yakin pada diri
-lebih percaya dan hormat pada diri
-pandang tinggi pada bakat dan kemampuan yang ada pada setiap orang, khususnya pada diri sendiri

Amar dah berjaya keluarkan potensi dirinya, satu kelebihan yang lain dari orang lain. Kita?? Percayalah, setiap kita ada bidang masing-masing. Teruskan eksplorasi diri, cari kelebihan diri masing-masing. Carilah dan kembara dalam diri. Geledah sebaiknya..pasti ada yang Tuhan berikan.

Nak bermula?? Cuba berfikir...

Dalam Akademi Fasiliatator, kami ada trainer yang pandai buat silap mata. Eh, ke mata kami yang tersilap..hehe (memang pun :) Abang Syamsinor namanya. Yea, slot silap mata sesekali menjadi bahan santapan ringan bila adik-adik dah penat mendengar motivasi dan berprogram.

:) fikir...

No comments: